Manakah antara organisma berikut merupakan "Pengguna Tertier"?
Dalam sains, ekosistem terbahagi kepada dua komponen utama, iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik merujuk kepada semua benda hidup dalam ekosistem. Ia boleh dibahagikan lagi kepada pengeluar, pengguna, dan pengurai. Pengeluar, seperti tumbuhan hijau, mampu menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Pengguna pula terdiri daripada haiwan yang bergantung kepada organisma lain untuk mendapatkan tenaga, manakala pengurai, seperti kulat dan bakteria, bertanggungjawab menguraikan bahan organik mati untuk mengembalikan nutrient kepada tanah. Sebaliknya, komponen abiotik merujuk kepada faktor-faktor bukan hidup yang mempengaruhi hidupan organisma. Antara contohnya ialah cahaya matahari, suhu, air, pH tanah, dan kelembapan udara. Kedua-dua komponen ini saling bergantung untuk memastikan ekosistem berfungsi dengan baik.
Berikut adalah beberapa contoh soalan ekosistem sains tingkatan 2: